company
News Release
Newsletter
Exhibition Gallery
Corporate Video
Video Footage
Mardec Profile Leaflet
Advertisement Archive
 
 
Agrobank sasar aset RM12 bilion

Kosmo, 16 Jul 2010

KUALA LUMPUR - Agrobank berhasrat mengembangkan jumlah asetnya kepada RM12 bilion
tahun ini berbanding RM9.07 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2009.

Menurut Pengarah Urusan Agrobank, Datuk Ahmad Said, sehingga Jun tahun ini, bank tersebut
telah mencapai jumlah aset sebanyak RM10 bilion.

"Kami akan terus memberikan tumpuan kepada usaha meningkatkan aset pinjaman dan pelaburan yang juga menyumbang kepada peningkatan prestasi Agrobank tahun ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum
persefahaman antara Agrobank dengan Mardec Bhd. (Mardec) di sini semalam.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Mardec, Datuk Wira Syed Abdul Jabbar Syed
Hassan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Khalid Bahsoon.

MoU itu membolehkan pembiayaan modal kerja dibuat secara terus dan eksklusif kepada pekebun kecil dan pembekal Mardec melalui anak-anak syarikat Mardec seperti Mardec Processing Sdn. Bhd. dan Mardec Industrial Latex Sdn. Bhd.

Skim itu akan meliputi tujuh kilang getah iaitu di Baling (Kedah), Bota (Perak), Kuala Pilah dan Ulu Ara di Negeri Sembilan, Kuala Berang (Terengganu), Tapah (Perak) dan Mentakab (Pahang).

winners
AHMAD (kiri) bertukar-tukar dokumen perjanjian dengan Khalid sambil disaksikan oleh Syed Abdul Jabbar (dua dari kanan) di Kuala Lumpur semalam.